Assalamualaikum...
How are you?
May Allah SWT bless you all...
Sejak kebelakangan ini, bumi sering dibasahi air hujan... Terima kasih atas kurnianya yang tidak terhingga manfaatnya... Memang seronok membaca buku dalam suasana yang sejuk dan menenangkan seperti sekarang.. Sambil ditemani secawan teh atau kopi yang panas, duduk bersandar senang di atas kerusi yang terletak disudut bilik tidur yang suram cahayanya..
Selalu yang akan saya gapai adalah sebuah buku cinta yang ditulis oleh penulis tempatan.. Minat juga pada yang international tapi hati masih tetap pada buku yang menggunakan bahasa ibunda tercinta... Lebih mudah terpesona dengan lenggok bahasa yang kadangkala lidah tidak dapat membicarakannya... Jatuh cinta dengan jalan cerita yang kadangkala tidak masuk akal katanya... Tapi itulah keindahan sebuah buku yang ditulis dengan kesabaran, keseronokan dan kesedihan jari - jemari pesona....
Bagi saya, novel - novel yang ditulis penulis tempatan tidak kurang hebatnya dengan novel - novel antarabangsa.. Mungkin keterbatasan kefahaman memahami tulisan Melayu yang menjadikan buku - buku tempatan sukar untuk menembusi pasaran luar negara... Tapi percayalah, buku - buku ini mempunyai keistimewaan yang sukar digambarkan dengan kata - kata jika dihayati dengan sesungguhnya...
Saya suka dengan novel - novel cinta.. Seronok memanjakan diri dengan khayalan - khayalan romantis yang ditulis oleh penulis... Sepertinya saya pula yang menjadi watak utamanya... Suka dengan angan - angan yang boleh diciptakan semasa membaca novel - novel bertemakan cinta.. Walaupun kadangkala nampak seperti mengarut dan mustahil, tetapi itulah indahnya fantasi...
Yang tidak enak adalah apabila orang berkata buruk tentang novel-novel seperti ini... Ada yang mencebik dan ada juga yang mengejek apabila melihat saya membaca novel cinta... Bagi mereka, membaca novel - novel seperti ini tidak ada standardnya seperti membaca buku ilmiah yang memang tidak dinafikan kepentingannya... Novel cinta hanyalah untuk mereka yang berjiwa lemah dan lembut sahaja.. Tiada faedahnya...
Saya hanya senyum sahaja dengan semua itu.. Tidak perlu dikisahkan orang - orang seperti itu yang tidak tahu keasyikan melayan novel - novel cinta ini... Kerana mereka tidak tahu bahawa cerita yang ditulis oleh penulis juga diambil daripada pengalaman hidup yang dijalani oleh orang disekeliling kita... Terfikirkah kamu bagaimana mereka mampu untuk menghasilkan penulisan yang mampu memberi pengalaman hebat kepada pembaca? Walaupun ramai yang mengatakan itu semua banyak yang direka sahaja, tetapi tidakkah kamu perasan, cerita - cerita yang dibawa serupa dengan senario yang kamu jalani sekarang?
Bercinta, mencintai, dicintai, dikhianati, mengkhianati, disakiti, menyakiti, dinodai, ternodai, menodai, bertanggungjawab, berusaha, berjaya, gagal, nafsu, dendam, sayang, dengki, cemburu, taubat, insaf, benci, suka, percaya, mempercayai, dipercayai, kuat, lemah, waras, gila, sedih, gembira... Itu semua ada dalam kehidupan seorang manusia...
Bukan itu sahaja, novel - novel cinta juga dilengkapi dengan info - info menarik dan fakta - fakta terbaik yang kadangkala tidak kamu jumpa dalam satu buku ilmiah... Jangan disempitkan fikiranmu itu dengan tanggapan yang buruk tentang novel cinta... Bacalah satu, hayatinya dengan kesungguhan, pengalaman itu akan dapat kamu rasakan sehingga kadangkala kamu pula yang merasa kebahagiaan dan kesakitan watak yang ditonjolkan..
Tetapi AWAS satu perkara juga, jangan sampai kamu pula yang dirasuk dengan angan - angan yang dicipta oleh penulis.. Contohnya seperti tema klise yang sering digunakan penulis sekarang iaitu kahwin kontrak / kahwin paksa, mula - mula benci, lama - lama suka, akhirnya bahagia setelah semua musuh kecundang dengan nasib berbeza-beza... Ataupun menjadi orang gaji di rumah orang kaya berpangkat kerabat, berstatus VIP, VVIP, terperangkap dalam kejadian tangkap basah, dipaksa kahwin sebab nak tutup malu, mula- mula benci, mulanya kes cemburu, lama- lama suka, akhirnya bahagia tetapi mesti sakit nak mati dahulu sebelum keajaiban cinta menyelamatkan cerita...
JANGAN SESEKALI TERBABAS BERFANTASI SEHINGGA AKAL DAN IMAN DIKETEPIKAN SEMATA - MATA PERCAYA DENGAN CERITA YANG BELUM TENTU SAMA NASIBNYA DENGAN QADA' QADAR YANG TELAH DITETAPKAN ALLAH SWT UNTUK KAMU HAMBANYA... BERANGAN ITU BOLEH TETAPI JANGAN SAMPAI KAMU TIADA HARGA DIRI UNTUK DIPERTAHANKAN KELAK...
INGATLAH.. CERITA YANG DITULIS ADALAH DEMI PENGAJARAN DAN PEDOMAN SI PEMBACA.. BERFIKIRLAH DENGAN IMAN DAN JANGAN TURUTKAN HAWA NAFSU YANG SEMEMANGNYA MEMBERI KEBURUKAN..