LIFE

LIFE

Tuesday, September 25, 2012

TEMAN PENGGANTI

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Di popularkan : Black ft Malique

Monday, September 24, 2012

Feminin...

Assalamualaikum...
Selamat Sejahtera...

Hari ini saya dan kawan-kawan bercerita tentang FEMININ.... HAHAHAHA, bila menyebut atau berbicara tentang perkataan ini saya mesti akan tersenyum dan tersengih lebar... Yela, kawan-kawan mesti akan memandang saya.. Kenapa ye? Sebab saya adalah orang perempuan yang sangat jarang ber FEMININ kan diri.. Habis nak buat macam mana lagi, dah memang sifat saya macam lelaki... Suka bertindak macam lelaki, suka melindungi macam lelaki dan sebenarnya agak keras hati untuk membuka hati kepada seorang lelaki..

Pernah juga mendengar dan di tegur dengan kawan-kawan, tapi saya agak lambat nak me loading kan diri nak menjadi FEMININ.... Tadi ada juga kawan cerita, dia kata kawan-kawan lelaki bergelak sakan bila ada seseorang yang mengatakan saya ni dah menjadi agak FEMININ... Hisyyy, tak baik betul kawan-kawan lelaki saya tu.. Saya kan perempuan, tak ada salahnya saya berpakaian blouse mahupun memiliki purse ataupun kasut yang bertumit... Itu semua adalah semulajadi, biarlah saya menjadi yang natural, yang mengikut keadaan...

Bukannya saya tak nak menjadi betul-betul perempuan tapi bagi saya belum masanya lagi sebenarnya, saya tetap akan berubah menjadi yang lebih baik tapi bukanlah sekarang... Saya suka perubahan tapi biarlah berpada-pada dan menepati keadaan sekeliling... Bagi saya, menjadi diri sendiri adalah yang lebih baik dan yang TERBAIK... Walaupun hati masih kosong, tidak lagi dicemari dengan noda-noda cinta yang boleh melalaikan, namun saya tetap mengharapkan seseorang yang mampu menggetarkan hati ini... Sepertinya :

Biar dia tidak gagah, tapi dia mampu melindungi diri ini,
Biar dia tidak kaya, tapi dia mampu mencari yang halal dan bersih untuk diri ini,
Biar dia tidak kacak, tapi dia mampu menggetarkan hati zero cinta ini,
Biar dia tidak romantik, tapi dia mampu membahagiakan seluruh kehidupan yang telah di ikat secara rasmi,

Aku tidak memilih, namun aku tetap mahu yang terbaik,
Aku tidak cerewat, namun aku tetap menapis baik-baik,
Aku tidak berlagak cantik, namun aku tetap mahu keperibadianku tidak dicarik-carik,

Sentiasa berdoa untuk yang terbaik,
Sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik,
Sentiasa bertawakal supaya tiada yang lain melainkan yang betul-betul terdidik,

Tiada yang sia-sia,
Tiada yang tersisa,
Tiada juga yang berkira-kira,

Semoga Allah SWT sentiasa memperkenankan doaku, semoga aku didampingi pasangan yang betul-betul dirahmati dan diredhai, Tiada lagi kecewa, Tiada lagi dusta, Tiada lagi terpaksa... Hanyalah CINTA tanpa melebihi MY CREATOR.....

Sunday, September 23, 2012

Selamat kembali

Assalamualaikum...
Selamat Sejahtera.....


Setelah berbulan-bulan meninggalkan dunia tulisan ini, akhirnya saya kembali mengisinya semula...
Mungkin segala yang terjadi sebelum ini ada hikmah yang tersendiri, tetapi walau apa pun sebabnya saya tetap harus berjuang semula demi masa depan yang kita semua tidak tahu...

Sedih sebenarnya bila semua kisah lalu di ungkit semula, namun apakan daya mulut orang sememangnya tidak boleh ditutup. Biarlah mereka berkata apa sahaja, janji DIA tahu apa sebenarnya yang telah terjadi..

Semoga kehidupan yang selepas ini akan terus menjadi yang lebih baik.. Tiada lagi kecewa yang mengundang kegagalan, biarlah senyuman yang terus terukir di wajah semua orang... Saya tetap akan menjadi yang terbaik untuk DIA, DIA adalah yang segalanya...

TERIMA KASIH....

Monday, May 28, 2012

Hati yang gundah gelana

Assalamualaikum....
Apa kabar semua? Sya harap semua pun sihat dan masih berada di bawah rahmatnya...

Kali ni sya nak cerita sahaja perasaan yng sya tgh hadapi...
Hari ni, hati sya berdebar-debar.. Tau x kenapa? Sebab sya dh ajk seseorang kuar jln2..
Apa motifnya sya ajk die kuar kan? Sebenarnya ni slh satu cara sya nak make sure hati sya yng sebenar.. Tapi terfikir jgk, betul ke tidak tindakan sya ni... Sbelum sya buat keptusn nk ajk die kuar, lma jgk la sye bertapa dok termenung smbil pkr kesan2 kalau btol2 kami jd kuar 'dating'... hahahaha... Sebenarnya die xtau pon sya nk ajk 'dating' sbb sye cme ajk die kuar je mse sye kol die.. Itupon nsb die x byk tnye, yela malu kot nk ckp yng sbnrnye...

Hahahaha.. memang sya dh cipta satu sejarah dunia hidup sya sndri.. Ajak seseorang kuar.... memang x pernah terpikir pon, cme bnde nie dh di pndm lme dlm hati, jd utk nak make sure hati sye normal kmbali, I need to do this... YA ALLAH, Tolong Aku... Aku betul2 perlukan petunjuk dari Kau... Tolong bagi aku Hint sama ada ini adalah perkara yang sepatutnya terjadi ataupun semmngnya aku sndri kalah pd nafsu yang sembilan tu?

Ya Allah... Aku betol2 xtau apa nak buat.. Dah ikhtiar mcm2 utk kes yang mmg dhsyat nie.. Atau adkh perasaan ini sndri satu petanda dari MU? Aku btol2 x tau dan aku btol2 nak tahu... Aku sendiri dah x knl perasan aq sndiri, dh rse mcm orng asing plk.. Aku btol2 buntu..

Aku pikir nak all out mse kuar 'dating' tu... Nak all out psl prsaan aq nie.. Aku nak ckp semua kt die itupon jika di izinkan Allah... Aku xksh die nk ckp apa pon lps tu, yang pnting aku dh lpskn kt die... Yng pnting aku puas dn aku berharap die x ckp apa2.. Aku hanya nak die dgr luahan tu dan aku xnak die jwb apa2.. Sebab aku takut, bila dia jawab semua persoalan tu, persahabatn kami akn jd blur dan the worst case would be Friendship Break... Aku xnak benda tu jadi sebab aku mngkin akan mnybbkn semua yang lain perasan the things yng brlaku btween me and die...

Tipu la kalo aku xnak jd mcm orang lain...Aku pon nk jgk jd mcm orng lain, yang bebas meluahkan rsa syng tu... Tapi bila aku pikir sebetol2 nya, Allah dah tetapkn semua utk hambanya.. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan tawakal... Cuma mungkin aku sendiri yang x tahan dgn godaan tu... Aku sendiri sbnrnye yng perlu perbetulkan diri.. Mungkin ni petanda dari Allah utk aku muhasabah balik hidup aku kat dunia ni.. Mungkin masih ada yang betol2 kurang dari aku untuk DIA... Atau ini sebenarnya memberi maksud yng aku memang dah wajib nikah... Hahahaha, Jauhnye la aku berangan.. Tapi ini pon satu kemungkinan jugak kan?

Ya Allah, dah layak sangat ke aku nie utk bahagiakan orang lain? Entahla, aku sndri takut utk berdepan persaan sendri.. Aku betol2 takut kali ni.. Aku dah x mampu nak buat apa2 dah.. Aku betol2 stuck dgn perasaan ni... Ya Allah, baru sekarng aku prsan aku sebenrnya x knl lg diri sndri, hati sndri... Atau ni sbnrnye tanda2 kepenatan? Aku dah tros pikir bukan2 dan aku smpi x sdr ade rmi lg dan byk lg tmpt utk wat luahan prsaan 2 kn? Kan yang palng utama ialah Tuhanku Allah dan Rasulku Muhammad dan Kitabku Al-quran...

Jadi, adkh slh aku buat kputusn yng mcm tu? adakah aku ni sudah bertindak dgn trburu2? Entahla... Nampaknya bnyk lg yng aku kene belajr.. Byk lg yng aku kena rujuk, pikir dan muhasabah balik... Hidup ni sememangnya penuh dgn cabaran dan dugaan kan.. Allah dah janji, segala yang diberikan kepada hambanya adalah mengikut kemampuan hambanya sendiri.. Jadi, dengan permasalahan ini, adakah ia membawa maksud, aku sememangnya boleh selesaikan kekusutan sedia ada? Kalau dikaitkan kembali, memang logiknya aku sendiri yng kene selesaikan dan aku sendiri yang boleh selesaikan kekusutan itu kan?

Jadi, kalau macam tu aku sebenarnya x payah nak kusut2 kan kepala dan hati sendiri...Ya Allah, baru ku sedar rupanya.. YA ALLAH, betapa khilafnya aku.. betapa lalainya aku...

So, what to do dgn 'dating' tu ye? Hmmm, nmpknye aku nak biar masa yng menntukan semuanya...Biar Allah yng atur semuanya.. Jika betol diizinkan, maka terjadilh tapi jika tiada KUN FAYAKUN dari DIA, maka tiadalah semuanya.... FUHHHHHHHH!!!!!!!!!! Lega sgt2 bila dah luahkan semua... Alhamdulillah...

Maka dengan itu, boleh la sye smbng buat keja yang trtangguh td dgn hati yang sedikit lapng... Takdelah serabut je kepala kan.. Ok, utk next entry kita crite plk ksh 'dating' tu ye.. Apa yng akan terjadi seterusnya?..Hahahaha, sya sndri pun x sabar rpenye.. Klaka2... Takpe hati, SABAR, BE PATIENT ye... Kita tnggu je apa yang Allah dah siapkan utk kita.. Yng penting kita redha dan sntiasa jgn lupe die... Sntiasa Ingat Allah...

Ok.. kalau mcm tu jumpe nnti.. Bye2.. Assalamualaikum...



Thursday, May 24, 2012

Nice qoutes to be shared

Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang lelaki....
A woman is destined to cheer up A man, not to be admired by Men.....

Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya....
A woman is over on love and hatred, they just don't recognize modesty....

Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka....
A minute is enough for man to like a woman and to forget her back...

Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.....
Guys will be excited when they got an unexpected touch... ( especially from girls)

Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’...
When girls say "No" , Guys would say " Never mind, I just try again tomorrow"....

Lelaki lebih banyak berfikir....
Guys love to think..... ( I guess ).. That's why

Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja....
They love to imagine without limit....

Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda....
Don't be so proud, because guys would shame you the hardest...

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.....
When your parents call, serve your Mother first....

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah....
I love the world full of religious woman....