LIFE

LIFE

Saturday, October 16, 2010

Isi hati ku????

Hatiku sekarang dah lain...Sekarang aku rasa menggelabah je..aku mula-mula tu tertanya2 juga kenapa aku senang sangat rasa macam ni..yelah,kejap2 berdebar..kejap2 berpeluh tapi bukan berpeluh panas cuma berpeluh yang...ahhhhh!!!! tak tau nak cakap camne...bagi orang yang pernah mengalami keadaan yang sama macam aku nie mungkin tau macam mana perasaan aku ketika ini...

Aku mula-mula tu memang tak ada rasa apa2 pun pada dia..tapi sejak kebelakangan nie aku selalu sangat teringat dia lagi2 kalo dapat masa kosong..hmmm,memang dia la yang ada dalam fikiran aku..Ya Allah kau tolonglah hambamu yang lemah ini...Amin....aku selalu inginkan dia untuk selalu berada depan mata..x bole jauh2 pun even sekejap,kalo tak memang kepala aku nie akan berpusing2 360 darjah semata2 untuk tau kedudukan dia kat mana...hmmm..macam mana nie???

Macam mana aku bole menjadi angau pada dia nie???sejak bila???
Hah!!! mungkin sejak kami mula2 chatting kot...tapi entahla aku sebenarnya pun tak tau sejak bila..yang aku tau sekarang nie,aku memang akan selalu ingat die..tapi sekarang aku buntu..aku rasa macam nak bagitau perasaan aku nie kat dia tapi aku seganla..yela die tu pun jenis yang tak banyak cakap dan layan orang pun macam nak tak nak je...aku takut je dia akan tak layan aku...lagi2 aku nie bukannya lawa,cantik,hot,sexy pun tak..aku menjadi rendah diri kalo bab2 perasaan nie sebab aku tau kekurangan yang aku ada..aku kadang2 menjadi sangat segan dengan kawan2 aku yang lain..yela mereka tu comel,sexy,baik,dan selalu menjadi topik perbualan kawan2ku yang laen lagi2 yang lelaki...

Hmmm??? macam mana nie ya??
aku langsung tak ada idea macam mana nak lupakan dia..aku dah cuba melalui yang wajib dan sunat tapi tetap macam tu...tak kan nak keluar dari hubungan keluarga kami yang dah rapat nie kot..itu lagi susah sebab yang lain mesti akan tertanya2 kenapa aku berubah dan bla3...jadi untuk tak nak sape2 pun suspek apa2..aku buat keputusan untuk berlagak seperti biasa dan cuba jadi se natural yang mungkin...

Aku akan cuba kawal perasaan baru nie demi masa depan aku yang masih panjang lagi...aku berdoa dengan memohon pertolongan yang maha esa untuk selalu menjadikan aku seperti yang biasa..dan aku berharap yang hubungan kami akan sentiasa berterusan seperti biasa kerana aku amat menyayangi hubungan yang sedia ada ini...

Aminnn.....

CINTA SEORANG LELAKI

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada Kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan! kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnyakembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg palingdipercayainya dansanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlak! u curang kepada kekasihnyanamun jikalau dia diaberbuat demikian itu bererti hatinya belum 100peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmatahanya untuk seorangperempuan. HARGAILAH MEREKA..