LIFE

LIFE

Tuesday, April 3, 2012

Dia

Aku impikan dia yang gagah dan romantik untuk menjadi teman hidupku sepanjang hayat. gagahnya bukanlah pada paras rupa sahaja, tetapi dia juga gagah dalam menghadapi pelbagai cabaran dan liku hidup.Sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam yang terbaik, sentiasa gagah dalam melaksanakan perintah Allah, menjadi suami yang soleh dan ayah yang disayangi anak-anak. Dia juga gagah membantu aku menjadi seorang isteri yang solehah dan taat pada perintah Allah. Dia sentiasa tenang dan tidak mudah melenting. Cuma kadang kala dia akan marah apabila dia merasakan aku ada buat salah tetapi cepat juga memaafkan jika tidak serius.

Dia tidak perlu tampan cukup sekadar sedap mata yang memandang. Dia tidak perlu menjadi romeo cukup sekadar pandai memujuk. Menjadi tegas di depan orang lain, menjadi manja bersama keluarga tersayang. Manja bersama aku dan sentiasa dahagakan belaian kasih sayang. Aku tidak perlu menjadi sempurna di mata orang lain, cukup sekadar sempurna di matanya. Menjadi penyeri dalam hidupnya, menjadi tawa dalam dukanya, menjadi ubat dalam sakitnya, menjadi penawar dalam racunnya. Dia tidak obses pada dunia, tetapi dia cukup professional dalam hidupnya.

Dia tidak gilakan kehebatan, tetapi dia mencari keredhaan. Keseimbangan dunia dan akhirat menjadi pegangan hidup yang tiada nilainya. Dialah mata, dialah hati kepada jiwaku. Aku sayangkan dia lebih dari kasih sayangnya kepada ku. Aku cintakan dia lebih dari cintanya kepadaku. Dia yang membawa aku kepada kebahagian, dia yang membawa aku kepada kerinduan.

Dia yang aku tunggu.....