LIFE

LIFE

Monday, October 29, 2012

Qoute of the intelligent

You have to learn the rule of the game,
and play it better than anyone else...

ALBERT EINSTEIN
Source: toonpool.com








Monday, October 22, 2012

Selingan hidup


Perkongsian perasaan sesama manusia itu adalah di tuntut kerana dengannya manusia mampu menjadi insan yang lebih kuat untuk menghadapi sesuatu masalah mahupun dugaan. Namun, jenis perkongsian yang bagaimanakah yang manusia itu pilih untuk menyalurkannya? 

Adakah perkongsian itu dilakukan atas dasar kasih sayang sebagai seorang kekasih atau sebagai seorang sahabat atau sebagai seorang lawan atau sebagai seorang hamba yang sememangnya hidup atas jasa dan LOVE dari penciptanya? Setiap jenis perkongsian yang disebutkan akan berlaku pada setiap manusia yang hidup di dunia sama ada secara sedar mahupun tidak sedar.

 Namun, yang ingin ditekankan disini ramai pula yang berkongsi perasaan secara tidak berhikmah. Iaitu secara bernafsu. NAFSU? Setiap kehidupan yang diciptakan ada nafsu yang tersendiri, seperti manusia iaitu Adam dan Hawa yang diberikan ALLAH SWT dengan bilangan nafsu yang berbeza.

 Akhirnya keputusan tetap berada di tangan manusia itu sendiri tentang bagaimana cara Adam dan Hawa mengawal nafsu yang ada. Yang penting mesti adil dan menepati syariat Islam yang ditentukan. Jadi, jika diri merasakan tidak mampu untuk membentuk nafsu yang selamat, jauhilah keburukan dan dekatilah kebaikan. Insyallah, semuanya akan tetap selamat dunia dan akhirat.

_____________________________________________________

Jika tidak mampu menjaga hati dia, maka tinggalkanlah dia. Sayangilah dia secara jauh sahaja. Jika masih tidak mampu untuk meninggalkan juga, jauhilah dia. Berikanlah dia masa dan ruang untuk memperbaiki segala yang ada. Berpisah atau berjauhan tidak bererti anda tidak boleh bersama. Jika sememangnya nama dia yang Allah SWT pahatkan untuk menjadi pendamping dunia dan akhirat, sudah tentu dia juga yang anda akan jumpa tidak kira jauh mana pun anda cuba menafikannya. Sedangkan yang halal juga bergelora apatah lagi yang tiada ikatan rahmat ALLAH yang sempurna. Jangan risau, mencintai dan menyayangi secara jauh tanpa sebarang perkongsian perasaan secara fizikal tidak membuatkan anda kelihatan lemah mahupun gagal. Kasih sayang yang diberikan melalui doa dan prinsip menghormati maruah itulah yang menjadikan anda seorang hamba yang hebat dan beristiqamah.  Ingatlah, perhubungan yang abadi dibentuk melalui prinsip percaya dan yakin kepada dia seperti segala hal yang kita lakukan kepada sang pencipta. Insyallah.


Sunday, October 21, 2012

Cebisan cerita cinta

" Jika mencintai lelaki kedua, maka pilihlah lelaki kedua, kerana jika kamu mencintai lelaki pertama, kamu takkan mencintai lelaki kedua. Cinta kepada lelaki pertama itu tak pernah wujud. Lelaki kedua itulah lelaki pertama "


" If you love the second man, then choose him, because if you love the first man, you will never love the second man. First love is never real. The second man is the first "


Novel I LOVE YOU, STUPID ! by Melur Jelita




Tuesday, October 9, 2012

Petikan Cinta

" Jangan tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi. Pada insan yang tak mengerti. Kerana sekali kau memberi, selamanya dia di hati. Kerana sekali kau di lukai, sampai bila-bila tetap kau ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai  betapa tingginya nilai sekeping hati. "

Petikan daripada novel SUAMIKU VAMPIRE ( Ria Natsumi ), pg 347



Monday, October 8, 2012

Kosong -Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Sunday, October 7, 2012

PUISI HATI

Bila memandang, aku rasa gembira dan mahu terus tersenyum,
Bila berjumpa, aku rasa lapang di dada mahu terus melihat,
Bila meneliti, aku rasa suka mahu terus menatap,
Namun bila tidak ketemu, tidak pula aku rasa rindu mahupun tertanya-tanya,
Hanyalah rasa peringatan yang tidak pernah ku alami sebelumnya,

Aku pernah bertanya,
Apakah ini terjadi hanya dengan dia,
Atau boleh saja terjadi dengan lelaki lain selain dia,
Pernah juga aku ingin mencuba,
Tapi tak pernah ku laksanakan,

Namun sejak akhir-akhir ini aku pun perasan,
Bila ku cuba melakukan yang sedemikian, boleh pula aku lakukan,
Jadi aku pun keliru,
Apa sebenarnya yang aku rasakan,
Adakah perasaan itu sebenar-benar wujud atau ia sekadar suatu permainan,

Tetapi bila aku melihat seseorang yang lain pula,
Aku menjadi malu dan tidak tahan jika mata memandang,
Aku pernah terfikir,
Adakah ini terjadi selepas dia mula bercakap dengan ku,
Keselambaan yang sering aku pamerkan tidak dapat aku pertahankan,
Rasa di hati tidaklah berdebar-debar,
Namun jika tidak dikawal, agaknya aku boleh kecundang,

Tapi aku juga tetap beringat,
Sabar,sabar dan sabar,
Jaga mata, jaga hati, jaga perlakuan,
Insyallah semuanya akan selamat...