LIFE

LIFE

Monday, October 22, 2012

Selingan hidup


Perkongsian perasaan sesama manusia itu adalah di tuntut kerana dengannya manusia mampu menjadi insan yang lebih kuat untuk menghadapi sesuatu masalah mahupun dugaan. Namun, jenis perkongsian yang bagaimanakah yang manusia itu pilih untuk menyalurkannya? 

Adakah perkongsian itu dilakukan atas dasar kasih sayang sebagai seorang kekasih atau sebagai seorang sahabat atau sebagai seorang lawan atau sebagai seorang hamba yang sememangnya hidup atas jasa dan LOVE dari penciptanya? Setiap jenis perkongsian yang disebutkan akan berlaku pada setiap manusia yang hidup di dunia sama ada secara sedar mahupun tidak sedar.

 Namun, yang ingin ditekankan disini ramai pula yang berkongsi perasaan secara tidak berhikmah. Iaitu secara bernafsu. NAFSU? Setiap kehidupan yang diciptakan ada nafsu yang tersendiri, seperti manusia iaitu Adam dan Hawa yang diberikan ALLAH SWT dengan bilangan nafsu yang berbeza.

 Akhirnya keputusan tetap berada di tangan manusia itu sendiri tentang bagaimana cara Adam dan Hawa mengawal nafsu yang ada. Yang penting mesti adil dan menepati syariat Islam yang ditentukan. Jadi, jika diri merasakan tidak mampu untuk membentuk nafsu yang selamat, jauhilah keburukan dan dekatilah kebaikan. Insyallah, semuanya akan tetap selamat dunia dan akhirat.

_____________________________________________________

Jika tidak mampu menjaga hati dia, maka tinggalkanlah dia. Sayangilah dia secara jauh sahaja. Jika masih tidak mampu untuk meninggalkan juga, jauhilah dia. Berikanlah dia masa dan ruang untuk memperbaiki segala yang ada. Berpisah atau berjauhan tidak bererti anda tidak boleh bersama. Jika sememangnya nama dia yang Allah SWT pahatkan untuk menjadi pendamping dunia dan akhirat, sudah tentu dia juga yang anda akan jumpa tidak kira jauh mana pun anda cuba menafikannya. Sedangkan yang halal juga bergelora apatah lagi yang tiada ikatan rahmat ALLAH yang sempurna. Jangan risau, mencintai dan menyayangi secara jauh tanpa sebarang perkongsian perasaan secara fizikal tidak membuatkan anda kelihatan lemah mahupun gagal. Kasih sayang yang diberikan melalui doa dan prinsip menghormati maruah itulah yang menjadikan anda seorang hamba yang hebat dan beristiqamah.  Ingatlah, perhubungan yang abadi dibentuk melalui prinsip percaya dan yakin kepada dia seperti segala hal yang kita lakukan kepada sang pencipta. Insyallah.


No comments:

Post a Comment