LIFE

LIFE

Saturday, August 28, 2010

Realiti Perasaan Wanita Yang Rindu Pada Kasih Sayang

Assalamualaikum,                                                                                                            

Aku adalh seorg wanita yg rindu pada satu perasaan yg di panggil ' KASIH SAYANG '....
Tapi bkn ksh syg drpd makhluk yg bernama manusia...
Cuma rindu dengan kasih sayang dari ALLAH s.w.t yg maha esa....

Kadang kala, aq juga rindu dengan kasih syg daripada umat manusia yg brnama lelaki...
Aku menjadi rindu kerana aku cemburu dgn kbhgiaan yg ramai org kecapi melaluinya...
Aku cemburu melihat orang di sekeliling ku yg asyik dgn kasih syg itu....
Mereka kelihatan bahagia sentiasa....
Yelah... asyik2 mengungkap rindu....asyik2 mengungkap sayang...asyik2 mengungkap cinta...
Aku cemburuuuuuuuu!!!!!!!!!!
Lagi2 kalau ade yg selalu bercerita tntang bahagianye mereka mase brcinta....

" Ihih,ko x pernah couple ke? kesian ko ekh.Apsal ko x pernah couple? Ha, aq tau msti ko x laku kn...
  Tula, dulu aq suruh ko bermekap ckit x nk, tgk skang diri sendiri yg kempunan... hahaha.... 
  Memang best kot de pakwe nie..hari2 call ko...ckp rindu,ckp syg,ckp I LOVE U, ihhh bestnye....
  Tapi kalo ko nk berubh skang,aq rse x beza nye pn,sme je..ko ttp xkn di pandang sbb ko mmg x cantik..
  hahaha... lainlah mcm aq,aq kn manja,comel,cantik, sbb itula aq sllu dpt balak.... x mcm ko... perasan           cun,asyik bajet hot je... hahahaha....."

Aku mnjadi sgt sedih n kecewa bila de kawan yg sggup ckp mcm tu pada aku....
Lalu aku mnjdi sgt takut..
Betul ke aku nie x cantik? Betul ke aku nie perasan cun? Betul ke aku nie mmg jijik utk kaum adam?
Betul ke aku nie mmg tiada yg pandang?
Semua persoaln itu mmg menjadi igauan aku sepanjang aku brkawan dgn sume orang...

Aku cuba utk berubh mnjadi lebih cantik,lbh cun.. aku mula bersikap manja2,gedik2...
Aku juga mula berubh perangai... drpd seorg gadis yg mmg x lyn lelaki kpd seorang gadis yg akhirnye tiada pedoman....
Mula2 tu mmg aq ske dgn perubahn itu... yela aku mula di kenali ramai dan ramai lelaki yg mengejar2 aku...
Aku mnjadi sgt gmbira ble aq akhirnye dpt mnjadi mkwe kpd seorg pkwe...
Aduh best gler perasaan itu... yalah sntiasa di sayangi,sntiasa menyayangi.....
Ahhhhhhhhh!!!!!!!! aku sukaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

Tapi apbila sekian lama menjalani perubhn itu,aq merasa bosan dn kekosongan.....
Aku mnjadi sgt "annoyed" dgn dunia yg di ktkn syurga dunia itu....
Lalu aq mula muhasabah diri seketika.. mengenangkn sume yg tlh aq lakukan semasa aq msh berada dlm "syurga dunia" itu...

Ya ALLAh!!!!!!! byk nye dosa ku ..... byk nye kemungkaran yg tlh ku lakukn..... byk nye kesilapn yg aku buat.....
Aku mnjadi takut dgn balasn yg mgkn aq akn terima kelak.... 
Lalu aku mula menjauhkn diri dari "syurga dunia" itu... aku mula mndktkn diri dgn ALLAH,dgn AL-QURAN,

Alhamdulillah.... aku berjye berubah  akhirnye...
walaupn bkn spnhnye tapi perubhn itu ttp mmbahagiakn aku sbgi seorg umat manusia yg mmg lemah dan hina 
yg sentiasa rindu dgn kasih sayang NYA.....

Walaupun aku sudah jauh dari dunia itu tp aku sememangnye bersyukur kerana di beri peluang utk merasa nikmatnye bercinta walau seketika....
dan dari situ aku mula membesar dengan matlamat dan tekad yg baru...

JADILAH DIRI ANDA SENDIRI.... INGATLAH ORANG YANG BIJAK AKAN BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK.... DAN  HARGA ORANG YANG BIJAK LEBIH MAHAL BERBANDING HARGA ORANG YANG TIADA KEBENARAN OTAK....

Oleh itu, ingatlah wahai sekalian...
Jangan jadi macam aku yang senang lupa diri...(tapi aku lupa diri pn sbb nak kn pengalaman.. hahaha....)
Jadilah seperti burung merpati,nampak jinak tapi sgt susah nak di dekati...
Ala bak kte orang tua2... jinak2 merpati.....

Dan ingatlah tiada kasih sayang yg lbh agung daripada kasih sayang oleh yang maha kaya,ALLAH yg maha esa......
Kerana tanpa kasih sayangnya, hidup tiada cahaya, hati juga hitam belaka....

Wasalam......
                                                                                                                                    



Sunday, August 22, 2010

realiti versus fantasi

Assalamualaikum,

REALITI....
FANTASI......

dua-dua nya berbeza, x kira dari segi ejaan atau sebutan atau makna di sebaliknya,
cme yg psti dua2 di akhiri dgn sbtn ' iiiii ', hahahaha.....
tnpa kedua nya dunia ini psti xkn brfungsi,
kerana ape?
kerana realiti mnnjukkn sume fantasi yg di cipta mnjdi,
tp? btol ke sume fantasi akn mnjd realiti?

kadang2 orang akn memuja2 fantasi,
tp ade jge yg memuja2 realiti...
fantasi di puja ble hasrat dan angan2 yg di cipta mustahil utk di realitikn...
dan realiti di puja ble hasrat dan angan2 yg di fantasikn dpt di realitikn...
tp bak kte ppth..
tiada yg msthl kn!

oleh itu,
mari kte sme2 brfkr sjnk yg mne anda sbnrnye..
adkh anda pemuja si fantasi?
ataupn pemuja si realiti?

tepuk dada,selami hati,dan jawablah dengan kejujuran yang islami..


sekian, trma kasih....

wasalam.....

Saturday, August 21, 2010

Kuasa Seorang Perempuan!!

UASA LAYANAN PEREMPUAN

  • Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN
  • Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."



KUASA TAQWA PEREMPUAN
  • Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
  • Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
  • Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
  • Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.

Tanda-tanda kematangan

  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.