LIFE

LIFE

Sunday, October 7, 2012

PUISI HATI

Bila memandang, aku rasa gembira dan mahu terus tersenyum,
Bila berjumpa, aku rasa lapang di dada mahu terus melihat,
Bila meneliti, aku rasa suka mahu terus menatap,
Namun bila tidak ketemu, tidak pula aku rasa rindu mahupun tertanya-tanya,
Hanyalah rasa peringatan yang tidak pernah ku alami sebelumnya,

Aku pernah bertanya,
Apakah ini terjadi hanya dengan dia,
Atau boleh saja terjadi dengan lelaki lain selain dia,
Pernah juga aku ingin mencuba,
Tapi tak pernah ku laksanakan,

Namun sejak akhir-akhir ini aku pun perasan,
Bila ku cuba melakukan yang sedemikian, boleh pula aku lakukan,
Jadi aku pun keliru,
Apa sebenarnya yang aku rasakan,
Adakah perasaan itu sebenar-benar wujud atau ia sekadar suatu permainan,

Tetapi bila aku melihat seseorang yang lain pula,
Aku menjadi malu dan tidak tahan jika mata memandang,
Aku pernah terfikir,
Adakah ini terjadi selepas dia mula bercakap dengan ku,
Keselambaan yang sering aku pamerkan tidak dapat aku pertahankan,
Rasa di hati tidaklah berdebar-debar,
Namun jika tidak dikawal, agaknya aku boleh kecundang,

Tapi aku juga tetap beringat,
Sabar,sabar dan sabar,
Jaga mata, jaga hati, jaga perlakuan,
Insyallah semuanya akan selamat...

No comments:

Post a Comment