LIFE

LIFE

Monday, September 24, 2012

Feminin...

Assalamualaikum...
Selamat Sejahtera...

Hari ini saya dan kawan-kawan bercerita tentang FEMININ.... HAHAHAHA, bila menyebut atau berbicara tentang perkataan ini saya mesti akan tersenyum dan tersengih lebar... Yela, kawan-kawan mesti akan memandang saya.. Kenapa ye? Sebab saya adalah orang perempuan yang sangat jarang ber FEMININ kan diri.. Habis nak buat macam mana lagi, dah memang sifat saya macam lelaki... Suka bertindak macam lelaki, suka melindungi macam lelaki dan sebenarnya agak keras hati untuk membuka hati kepada seorang lelaki..

Pernah juga mendengar dan di tegur dengan kawan-kawan, tapi saya agak lambat nak me loading kan diri nak menjadi FEMININ.... Tadi ada juga kawan cerita, dia kata kawan-kawan lelaki bergelak sakan bila ada seseorang yang mengatakan saya ni dah menjadi agak FEMININ... Hisyyy, tak baik betul kawan-kawan lelaki saya tu.. Saya kan perempuan, tak ada salahnya saya berpakaian blouse mahupun memiliki purse ataupun kasut yang bertumit... Itu semua adalah semulajadi, biarlah saya menjadi yang natural, yang mengikut keadaan...

Bukannya saya tak nak menjadi betul-betul perempuan tapi bagi saya belum masanya lagi sebenarnya, saya tetap akan berubah menjadi yang lebih baik tapi bukanlah sekarang... Saya suka perubahan tapi biarlah berpada-pada dan menepati keadaan sekeliling... Bagi saya, menjadi diri sendiri adalah yang lebih baik dan yang TERBAIK... Walaupun hati masih kosong, tidak lagi dicemari dengan noda-noda cinta yang boleh melalaikan, namun saya tetap mengharapkan seseorang yang mampu menggetarkan hati ini... Sepertinya :

Biar dia tidak gagah, tapi dia mampu melindungi diri ini,
Biar dia tidak kaya, tapi dia mampu mencari yang halal dan bersih untuk diri ini,
Biar dia tidak kacak, tapi dia mampu menggetarkan hati zero cinta ini,
Biar dia tidak romantik, tapi dia mampu membahagiakan seluruh kehidupan yang telah di ikat secara rasmi,

Aku tidak memilih, namun aku tetap mahu yang terbaik,
Aku tidak cerewat, namun aku tetap menapis baik-baik,
Aku tidak berlagak cantik, namun aku tetap mahu keperibadianku tidak dicarik-carik,

Sentiasa berdoa untuk yang terbaik,
Sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik,
Sentiasa bertawakal supaya tiada yang lain melainkan yang betul-betul terdidik,

Tiada yang sia-sia,
Tiada yang tersisa,
Tiada juga yang berkira-kira,

Semoga Allah SWT sentiasa memperkenankan doaku, semoga aku didampingi pasangan yang betul-betul dirahmati dan diredhai, Tiada lagi kecewa, Tiada lagi dusta, Tiada lagi terpaksa... Hanyalah CINTA tanpa melebihi MY CREATOR.....

No comments:

Post a Comment