LIFE

LIFE

Monday, March 19, 2012

Mengajar

Hari ni saya mengajar tapi bukanlah dalam kelas yang betul di sekolah yang betul, cuma praktik jadi cikgu sebenar depan kawan-kawan saya sendiri. Memang nervous giler masa tunggu giliran nak mengajar tu. And masa tengah mengajar, memang saya x ingat apa-apa pun. Yang terlintas difikiran hanyalah nak cukupkan masa 10 minit dan bercakap. Tapi isi yang saya cakapkan tu memang satu apa pun saya sendiri tak tau.

OOoooooo... Memang susah la mengajar ni..  Siapa kata senang? Dengan nak siapkan lesson plan la, nak buat BBM la, nak pikir set induksi lagi, aktiviti dalam kelas lagi, nak tackle kerenah student lagi, hmmmm memang penat dan leceh. Tapi walaupun begitu, semuanya ada hikmah tersendiri. Semua persediaan tersebut akan dapat mencapai objektif pembelajaran yang ingin dicapai..

Oleh itu, bagi sapa-sapa yang bercita-cita nak jadi cikgu kena lah bersiap sedia dari awal physically and mentally. Cikgu ni kerjanya bukan hanya bagi ilmu je, tapi ia merangkumi semua sekali sebab itulah cikgu dikatakan kerja mulia.

Ok, untuk itu saya wish Gambatte ku dasai pada semua bakal-bakal guru dan semua pelatih-pelatih guru yang sedang menjalani latihan mengajar di seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment