LIFE

LIFE

Sunday, July 14, 2013

Masa Lalu Masa Hadapan

Assalam...

Pernahkah anda berimpian untuk kembali ke masa lalu?
Pernahkah anda berimpian untuk pergi ke masa hadapan?

Masa lalu dan masa hadapan,
Dua zaman yang sama sebenarnya,
Kedua-duanya menjadi taruhan manusia membina hidup,
Sama ada akan kaya,
Ataupun jatuh baring melutut meminta-minta,

Tiada yang terlepas daripada kedua-duanya,
Masa lalu yang dianggap kenangan,
Dan masa hadapan yang digelar harapan,

Namun, ada juga ketika masa lalu disesali kehadirannya,
Kerana masa lalu, masa hadapan tiada,
Tetapi, ramai juga yang lupa,
Tiada masa lalu, tiada juga masa hadapan,

Usaha yang ditabur dan disemai di masa lalu,
Dapat dibajak dan dituai di masa hadapan,
Buktinya keceriaan dan senyuman senang,
Menggantikan kerut dan lelah yang memanjang,

Setiap yang hidup akan mati,
Hidup itu masa lalu,
Mati itu masa hadapan,

Isikanlah yang ditengah dengan benih-benih kejayaan,
Hidup subur sebagai pohon berteduh dikala hujan,
Sesekali dicantas memberi kemasan yang sopan,
Sambil ditemani nyanyian merdu burung-burung kayangan,

Masa lalu masa hadapan,
Jangan kau cemari dengan kekotoran,
Jangan kau gelapkan dengan dakwat hitam,
Sinarinya dengan lampu terang,
Putihkannya dengan keimanan.

No comments:

Post a Comment